Teknik SEO Mudah

belajar teknik seo

Blog entri “Teknik SEO Mudah” ini ditulis ketika berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tak silap saya harini adalah hari yang ke-lapan. 

“Work From Home” (WFH) ini adalah biasa bagi saya tetapi sampai tahap tak boleh keluar rumah, ini adalah satu cabaran besar. Terutamanya nak dapatkan idea menulis itu.

Yang sedihnya, program eUsahawan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu disebabkan isu wabak Covid-19.

Okay, saya nak berkongsi bagaimana saya sebagai newbie dalam membuat website, boleh memposisikan ranking website saya di search page pertama Google melalui Search Engine Optimization (SEO).

seo malaysia

Saya akan dedahkan 7 teknik SEO yang saya pratikkan. Ianya mudah dan percuma!

Okay, sebelum itu, saya mula membina website MasterHakim.com saya ini pada akhir tahun 2018 dan itulah pertama kali saya membina laman web sendiri, tanpa sebarang pengalaman sebelum ini.

Yelah, sekarang nak membuat website pun senang. Saya menggunakan WordPress beserta plugins Elementor. Mudah, cuma drag & drop sahaja.

Berkenaan SEO pula, saya banyak belajar dengan Neil Patel dan sahabat saya, Coach Wan Mohd Afendi. Saya sangat syorkan anda belajar dengan mereka dan pakar-pakar SEO yang lain jika anda ingin mendalami ilmu SEO ini.

Cumanya, untuk teknik SEO yang mudah, anda boleh belajar dan pratikkan terus melalui penulisan saya ini.

ranking seo
Kedudukan MasterHakim.com di ranking pertama Google berdasarkan kata kunci yang dirahsiakan.

7 Teknik SEO mudah yang saya telah amalkan:

1.Research Kata Kunci

Membuat research kata kunci (keyword) terlebih dahulu. Pastikan kata kunci itu mempunyai carian yang tinggi di Google. Anda boleh menggunakan Google Trends, Ubersuggest, atau Google’s Keyword Planner. Untuk menggunakan Keyword Planner, anda perlu mendaftar dulu di Google Ads. Ianya, percuma sahaja. Fokuskan kata kunci yang tidak mempunyai persaingan tinggi atau “long tailed keyword” yang tinggi cariannya tetapi kurang persaingannya.

2. Mencipta Blog Post

Selain meletak kata kunci di main page website anda, anda boleh menulis blog post supaya anda dapat mempelbagaikan kata kunci untuk SEO ini.

3. Yoast SEO Plugin (Versi Percuma)

Kalau anda membina website menggunakan WordPress, pastikan anda install Yoast SEO plugin ini. Dengan hanya memasukkan kata kunci yang kita hendak dalam Yoast, ianya akan membantu anda dalam analisis SEO. Hanya ikut arahan diberi, pastikan SEO analisis adalah hijau. Jika ianya merah, edit dan betulkan apa yang dikehendaki oleh Yoast sehingga menjadi hijau. 

yoast terbaik

yoast mudah

 4. Permalink

Pastikan permalink anda mempunyai kata kunci tersebut.

5. Tajuk post

Tajuk mesti mengandungi kata kunci tersebut supaya ianya boleh dilihat di carian Google dengan jelas.

6. Gambar

Edit nama file gambar yang hendak diletak dalam website atau blog post terlebih dahulu dengan memasukkan kata kunci sebagai nama file gambar tersebut. Contoh: kata kunci = makanan kucing murah. Jadi kita edit nama file gambar asal, contoh: “kucing.jpeg” menjadi “makanan kucing murah.jpeg”. Oh ya, gambar text alt pun saya letakkan kata kunci juga. 

7. Edit Snippet

Di bawah bahagian snippet, masukkan juga kata kunci di  bahagian meta description dan SEO title.

panduan seo

Itulah 7 Teknik SEO yang saya pasti amalkan setiap kali membuat blog post yang baru. Ianya sangat membantu SEO saya dan menaikkan ranking website saya berdasarkan kata kunci yang dicari. 

Sekiranya anda menjumpa post ini melalui carian di Google, ini bermakna saya telah berjaya menaikkan post ini menggunakan teknik yang sama!

Apa-apa pun, perkongsian ini hanyalah sedikit sahaja jika dibandingkan pelbagai faktor lain yang boleh menaikkan ranking SEO anda. Website saya mengambil masa beberapa bulan, sebelum muncul di page pertama, seterusnya ranking pertama di carian Google (berdasarkan kata kunci yang saya research, ya). 

Jika anda tidak sabar dan nak website anda cepat muncul di page pertama Google, anda boleh membuat iklan berbayar melalui platform Google Ads sekiranya ada bajet.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Replay

Langgan Newsletter Eksklusif daripada Coach Hakim

Close Menu