Cara Tambah Followers Instagram

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
cara tambah instagram followers free

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari ini, saya ingin berkongsi “7 Days IG Challenge” yang saya buat. Saya mencabar diri saya untuk aktif selama 7 hari di Instagram. 

Apa maksudnya “aktif” dalam konteks ini? Task ini sangat “do-able” untuk maintain aktif dalam Instagram.

Hanya dua task sahaja seperti di bawah:

  1. Follow orang seramai yang boleh (mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak Instagram: 200-300 orang sehari)
  2. Buat sekurang-kurangnya 3 post sehari

Itu je! Simple, bukan? (Nak maintain 3 post sehari untuk jangka masa yang panjang agak berpeluh…haha! Melainkan kita hire content writer je!) Semua ni kita boleh buat sendiri je, memang sesuai sangat untuk Igshop yang baru nak up dan kurang modal! 

tambah instagram followers free

Ini juga salah satu cara untuk tambah instagram followers free!

Ya, tak perlu pakai apa-apa apps atau software yang berbayar. Lagipun penggunaan apps dan software memberi risiko profile anda untuk di-ban dan disekat oleh Instagram. Nak pakai software auto-follow pun tak berbaloi. Instagram dah mengehadkan jumlah follow orang kepada 200-300 kali sehari sahaja. 

Dah lah banyak risiko, betul tak? 

Untuk bab follow orang, saya tidak main hentam je, follow sesiapa. No! Saya follow orang yang dalam niche saya. Saya akan pergi ke IG profile pesaing saya atau yang sama niche dengan saya (mestilah mempunyai ramai followers dan aktif). Saya akan follow semua yang like post IG pesaing saya. Kenapa nak follow yang like post je? Sebab saya nak orang yang aktif dan suka likes gambar, dengan harapan dia akan follow saya balik.  

Biasanya task ini akan mengambil masa dalam 5 minit je. Tapi follow tu jangan terlampau laju. Biar ada gap masa selepas follow beberapa orang. Ini untuk mengelakkan Instagram mengesyaki kita menggunakan software untuk membuat “mass-following”.

Saya biasanya bahagikan dua waktu untuk follow orang; satu waktu pagi dan satu waktu malam. Follow 150 orang pada waktu pagi dan 150 orang lagi pada waktu malam. 

Dalam kes saya ini, mengikut perkiraan saya, jumlah saya follow untuk tempoh 7 hari adalah 2,513 orang;bersamaan dengan 359 orang sehari! Ini bermakna ia melebihi daripada jumlah had sehari yang dijangkakan iaitu 200-300 orang sehari. Bagaimanapun, saya tidak mengalakkan kerana risau akaun Instagram korang akan disekat nanti, terutamanya akaun baru.

Baik, untuk membuat task 3 post sehari pula, saya banyak menggunakan Spark Adobe untuk membuat quote atau post bergambar. Task ini lah yang mengambil masa anda sedikit. 

tambah instagram followers free
Semua post ini saya buat menggunakan Spark Adobe. Okay lah kan? Ada tema hitam merah. Free je pun!

Tapi kalau korang kreatif dalam masa 15 minit pun dah boleh siap cipta 3 post. Selepas itu, buat schedule post je. Kalau tak tahu cara buat schedule post Instagram macam mana, boleh baca post ini: http://masterhakim.com/cara-schedule-post-instagram-percuma/.

Korang juga boleh membuat re-post daripada profile IG lain, tapi biarlah konten itu berkaitan dengan niche kita.

Okay, sekarang kita nak tengok result dia. Jadi, saya menjemput korang semua menonton video di bawah untuk tengok samada saya berjaya tambah Instagram followers atau tidak. Lets’go!

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Replay

Langgan Newsletter Eksklusif daripada Coach Hakim

Close Menu