coach hakim kursus digital marketing

SIAPA COACH HAKIM?

Nama penuh saya adalah Muhammad Hakim Bin Danapalan. Saya lebih dikenali sebagai Coach Hakim di kalangan pelajar saya. Saya adalah “Certified Master Trainer” bagi program eUsahawan dan ianya diiktiraf oleh MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation).

Berasal daripada Pasir Mas, Kelantan, saya berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan.

Saya memasuki alam pekerjaan pada akhir tahun 2009 dan mempunyai pengalaman dalam bidang khidmat servis pelanggan hampir empat tahun. Jawatan terakhir yang dipegang oleh saya adalah sebagai pengurus operasi.

Saya tertarik dengan perniagaan sejak di bangku sekolah lagi, selepas menonton sebuah rancangan realiti TV yang dikenali sebagai “The Apprentice”.

Rancangan itu memaparkan seorang ahli perniagaan yang berjaya, Donald Trump Jr. (sekarang Presiden Amerika Syarikat) mencari perantis untuk membantu perniagaan beliau.

Saya mula berniaga pada tahun 2016 (online & offline) dengan niat untuk mencari pendapatan tambahan, sebelum berniaga sepenuh masa pada pertengahan tahun 2018. Belajar dari pengalaman adalah satu proses pembelajaran yang terbaik bagi saya. Antara produk atau servis yang saya pernah jual adalah:

– homemade cookies, kecantikan wanita, makanan sunnah, minyak wangi, barang basah, produk household, homemade sandwich dan sebagainya.

Sekarang, saya adalah pemilik ZMH Enterprise (002828228-W). Kami menyediakan program-program latihan. kelas digital marketing dan menawarkan servis iklan untuk penjualan produk dan servis.

Buat masa ini, projek servis iklan yang saya terlibat adalah dalam niche pendidikan, feksyen wanita, makanan, supplement lelaki, dan takaful. Antara page-page dan website yang pernah atau sedang saya uruskan adalah:

  1. Afyan Mat Rawi IFP & Afyan.com
  2. Alwan Resources 
  3. Biotropics
  4. Pendidikan Arab Al-Furqan
  5. Wirdora Stockist, Cik Zu
Selain daripada itu, saya juga adalah food blogger. Boleh follow saya di Instagram @halal_food_hunter jika anda suka jalan-jalan cari makan! (Yang nak minta saya buat food review pun boleh.)
 
Pada awal Januari 2020, saya bersama sahabat-sahabat saya (bekas rakan sekerja saya ketika saya bekerja di sebuah syarikat Kelas Bahasa Arab) menubuhkan Pendidikan Bahasa Arab Kaafah setelah lebih 4 tahun dalam industri ini.
 

Dilantik  sebagai eUsahawan Trainer pada bulan March 2018 , saya diberi kepercayaan untuk menjadi eUsahawan Master Trainer setahun kemudian. Sebagai seorang tenaga pengajar, matlamat saya adalah untuk membantu para usahawan mikro, terutamanya yang baru berkecimpung dalam pemasaran online ke landasan yang betul.

Jika anda berminat untuk menyertai kursus digital marketing percuma bersama saya, Coach Hakim boleh klik di sini untuk pra-pendaftaran eUsahawan 2020. 

Platform terpenting saya! Set “See First” untuk mendapat update terkini program.

Close Menu