Graphic Design Mudah: “Remove Background Image” sepantas 5 saat!

Ramai di antara kita tidak mahir menggunakan A.I. ataupun Photoshop, termasuklah saya ni. Nak upah designer, kadang-kadang agak mahal. Lagi-lagi kita ni usahawan baru, bajet pun tak besar. Jadi, harini saya nak berkongsi bagaimana cara terpantas nak remove background image semudah ABC!
Remove Background image

Sebelum ini saya hanya menggunakan PicsArt untuk membuang background gambar tu. Memang leceh sangat! Kena zoom in, zoom out. Kalau bahagian rambut, lagilah mencabar.

Jadi, dalam post kali ini, saya nak berkongsi satu laman web: http://remove.bg untuk remove background image. 100% automatic!

Contoh gambar Mohamed Salah di atas pun saya pakai remove.bg juga. Tengok mudahnya edit rambut Salah yang gerbang tu (btw, saya bukan penyokong Liverpool ya…)

 

remove.bg

Bila kita masuk ke website tu, klik je “Select a Photo” dan pilih gambar yang kita nak untuk “remove background image” tu; atau dalam Bahasa Malaysia: membuang gambar latar belakang.

Untuk lebih jelas, saya sarankan tonton tutorial video saya di bawah ini:

Diharap perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa, subscribe channel YouTube saya untuk saya lebih bersemangat lagi membuat perkongsian percuma terutamanya berkaitan dengan Digital Marketing.

Assalamualaikum~

Share on facebook
Share di Facebook
Share on twitter
Share di Twitter

Leave a Replay

Langgan Newsletter Eksklusif daripada Coach Hakim

Close Menu