Kelebihan Telegram: 10 Sebab Kenapa Saya Suka

Kelebihan Telegram blog

Rata-rata rakyat Malaysia menggunakan applikasi WhatsApp sebagai medium untuk berkomunikasi, termasuklah saya.

Walaupun semakin ramai yang mengetahui tentang Telegram, tetapi WhatsApp masih menjadi pilihan. Mungkin juga ramai yang tidak tahu kelebihan Telegram ini.

Ada sesetengah feature di Telegram yang membuatkan saya lebih suka menggunakannya berbanding WhatsApp kecuali komunikasi personal, hehe…

Saya senaraikan 10 sebab utama kenapa saya suka dengan kelebihan Telegram.

1. Ianya Percuma!

Haha, of course, kita semua suka benda percuma, kan?

2. Mesej terdahulu tidak hilang

Memandangkan telegram ini adalah cloud based, segala data seperti video/gambar/mesej yang tersimpan di dalam perbualan/group/channel tidak akan hilang melainkan di-delete. Walaupun data sudah lama.

3. Member group baru boleh baca mesej yang lama

Yang ini sangat memudahkan. Member yang baru join boleh membaca segala mesej yang lama sebelum dia join. Jadi, tak perlu lah repost balik mesej dan member lama pun tak annoy dengan mesej-mesej yang sama.

4. Group chat yang sangat besar!

Maksimum member dalam sesebuah Group boleh mencapai 200,000 orang. Jadi, tak perlulah cipta banyak group untuk promote bisnes/konten yang sama.

5. Boleh register lebih daripada satu akaun.

Ini bermakna kalau smartphone anda ada 2 sim kad, anda boleh register 2 akaun telegram. Yang penting, dua nombor telefon yang berbeza. Mudahlah, bagi orang yang ada nombor personal dan nombor bisnes.

(Maksimum 4 akaun)

add akaun telegram web

6. Ada Fungsi Secret Chat

Secret Chat ini hanya boleh dibaca oleh penulis dan penerima mesej sahaja. Ia juga tidak boleh di-forward dan di-screenshot. Bila anda delete secret chat ini, mesej pada kedua-dua pihak akan terpadam juga. Secret chat ini sangat lah berguna jika anda tidak mahu mesej anda di-forward, disalahgunakan atau diviralkan.

secret chat telegram (1) 

7. Boleh pakai Web Telegram dan Telegram Dekstop serentak

Sebenarnya, saya lebih suka menggunakan telegram di dalam laptop. Anda boleh install Telegram Dekstop dan menggunakan Telegram Web di web browser serentak walaupun menggunakan 2 akaun telegram yang berlainan.

8. Telegram Channel

Ini sangat berguna jika anda seorang usahawan dan mempunyai bisnes! Sangat bagus untuk broadcasting. Ianya komunikasi satu hala sahaja: Admin channel (boleh lebih daripada satu admin) yang send mesej, member terima dan baca sahaja. Telegram Channel tiada limit subscriber, ya.

IKLAN: sesiapa yang belum join Telegram Channel saya, boleh klik di sini. Segala info/tips tentang digital marketing dan program-program saya akan dikongsikan dalam Channel ini.

9. Boleh hantar file yang bersize besar.

Telegram boleh menghantar dan menerima sebarang jenis fail shingga 1.5GB. Penghantaran fail pun laju juga, bergantung pada kelajuan internet anda.

10. Paling BEST. Global Search.

Apa pulak Global Search ini? Anda boleh mencari, bukan sahaja mesej dan fail dalam akaun telegram anda, bahkan juga pengguna Telegram lain, group dan channel dari seluruh dunia. Ya, seluruh dunia. Mohon explore sendiri tetapi jangan search benda bukan-bukan, ya. (he he)

Akhirnya, tamatlah  perkongsian saya tentang Telegram kali ini. Tidak dinafikan masih ada banyak lagi kelebihan Telegram berbanding WhatsApp seperti Telegram Bot, boleh hide nombor telefon kita, ada username, dan sebagainya, tetapi inilah yang menjadi kesukaan saya.

Sekian sahaja penulisan saya kali ini, sekiranya masih belum join Telegram Channel saya boleh klik di link ini: https://t.me/eusahawancoachhakim

InsyaAllah, saya akan berkongsi segala info/tips tentang digital marketing serta program-program saya, terutamanya program eUsahawan yang percuma (ditaja sepenuhnya oleh badan kerajaan, MDEC).

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Replay

Langgan Newsletter Eksklusif daripada Coach Hakim

Close Menu