Belanjawan 2020, MDEC, & eUsahawan 2020

belanjawan 2020 eusahawan 2020

Alhamdullilah, peruntukan menggalakkan untuk mengaplikasi pendigitalan dalam Belanjawan 2020, menunjukkan kerajaan secara aktif menggalakkan lebih banyak perniagaan tempatan bergerak segera ke dalam bidang teknologi.

Ini adalah satu “kemenangan besar” kepada usahawan-usahawan online di Malaysia. 

Kerajaan memperuntukkan RM10 juta untuk MDEC untuk melatih usahawan microdigital dan pakar teknologi untuk memanfaatkan tempat-tempat e-pasaran dan platform sosial media.

Peruntukan baru-baru ini akan membolehkan MDEC terus memacu keusahawanan dan inovasi ke tahap yang lebih tinggi, membawa kesan positif teknologi kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan mencipta sebuah negara yang lebih inklusif secara digital.

belanjawan 2020 eusahawan 2020

Apakah itu MDEC?

Ditubuhkan pada tahun 1996, Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd. adalah inisiatif kerajaan terhadap era baru “Ekonomi Digital”. MDEC berperanan besar dalam memimpin Malaysia ke arah hadapan dalam dunia digital.

Antara anjuran MDEC adalah program eUsahawan yang sudah hampir masuk tahun ke-empat ketika artikel ini ditulis. Bagi sesiapa yang belum pernah mendengar tentang program eUsahawan, program ini merupakan suatu inisiatif bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan usahawan kecil yang sedia ada serta usahawan muda.

eUsahawan 2020 Kursus Digital Marketing Percuma.

 

 

Menerusi program eUsahawan juga, rakyat berpeluang untuk menerokai ilmu atas talian secara percuma dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital.

InsyaAllah, saya sebagai certified Master Trainer tidak sabar untuk menempuh tahun baru bersama eUsahawan.

Sekiranya berminat untuk sertai, boleh klik di sini untuk membuat pra-pendaftaran untuk program eUsahawan 2020 bersama saya. 

Ataupun, anda boleh mendaftar terus di laman web https://www.go-ecommerce.my/ untuk belajar secara online dulu, sementara menunggu program eUsahawan 2020 nanti. 

PS: Program eUsahawan 2019 di bawah subsidi kerajaan bakal tamat pada penghujung Oktober ini. Kuota penyertaan semakin terhad. Sekiranya ada selepas itu, ia adalah program yang berbayar. Harap maklum.

 

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Replay

Langgan Newsletter Eksklusif daripada Coach Hakim

Close Menu