Cara Schedule Post Instagram tanpa Software/Apps melalui Desktop (FREE)

Pelbagai apps dan software di luar sana boleh digunakan untuk membuat schedule post Instagram tetapi kesemuanya berbayar. Ada satu alternatif yang anda boleh guna secara percuma melalui dekstop anda.
cara schedule post instagram percuma free

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsikan cara buat “schedule post” Instagram tanpa menggunakan sebarang software atau “third party apps” secara PERCUMA.

Dan…kita menggunakan desktop melalui platform yang telah disediakan oleh pihak Facebook sendiri. (Tuan puan tahu kan Instagram tu milik Facebook?)

Baik, pertama sekali masuk ke website ini: https://business.facebook.com/creatorstudio

By default, bila kita masuk ke website tu, kita akan nampak page-page kita bersama post-post dalam page itu.  Sebelum kita membuat schedule post Instagram, kita perlu hubungkan akaun Instagram kita dengan Facebook Creator Studio. Bila dah berjaya, kita akan login, baru lah kita akan nampak IG profile kita bersama semua post yang telah publish.

Daripada dashboard Instagram Creator Studio lah, kita boleh create post dan membuat tetapan schedule post ke profile Instagram kita. Boleh tetapkan waktu yang paling sesuai terutamanya waktu followers kita paling aktif. Anda boleh semak data ini di bahagian insights.

Anda boleh merujuk pada video di bawah, di mana saya tunjukkan step-by-step cara schedule post Instagram tersebut.

Nak belajar cara meningkatkan followers Instagram secara organik dan mudah? Boleh sertai program eUsahawan bersama saya secara percuma. Program percuma ini akan berlangsung sehingga akhir Oktober 2019 sahaja.

Kalau terlambat, InsyaAllah tahun depan masih ada.

Nota: profile Instagram yang dimaksud adalah Business account atau Creator account. Bukan untuk personal account ya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Replay

Langgan Newsletter Eksklusif daripada Coach Hakim

Close Menu